November 3, 2008

FAKTA

10 Persamaan Lelaki dan Wanita.

Masalah perbalahan gender sering menjadi topik perbualan.Ada lelaki seronok menghentam kaum wanita. Dan wanita juga sudah berani bersuara lantang memprotes lelaki. Ah! Kedua-duanya sama saja, saling memuja tapi dalam masa yang sama saling memprotes antara satu sama lain.Itu antara persamaan yang ada kalanya anda sendiri tidak menyedarinya. Tapi hakikatnya, banyak persamaan antara lelaki dan wanita yang perlu anda akui. Masih tidak bersetuju? Baca fakta di bawah dan pastinya anda akan menerimanya dengan hati terbuka.


1) Lelaki dan wanita lebih memikirkan diri sendiri atau dalam erti kata lain pentingkan diri sendiri. Kedua-duanya mempunyai pandangan tersendiri dalam sesetengah perkara. Jadi jangan buang masa untuk mengubah si dia sedangkan anda juga pastinya rimas jika si dia mahu anda menjadi bukan diri anda yang sebenarnya. Ada yang mengharapkan sesuatu yang tinggi daripada si dia sedangkan anda tidak mahu melakukannya andai diminta. Suka melawan, egois, dan berdendam antara sifat-sifat yang dimiliki keduanya.


2) Lelaki dan wanita sanggup berkorban di peringkat awal perhubungan. Tetapi apabila sampai peringkat pertengahan mereka mula mahu melindungi diri sendiri dan bersikap pentingkan diri semula. Kedua-duanya mula bersikap degil, tidak mahu mengalah dan mulalah mengkritik antara satu sama lain terutamanya jika berkaitan dengan prinsip dan maruah mereka.


3) Lelaki dan wanita boleh memulakan persengketaan. Apabila salah seorangnya mula hilang sabar, dia akan mula menyalahkan pasangannya. Namun selalunya lelaki yang cepat tenang keranan memiliki semangat yang lebih kuat berbanding wanita. Itu satu kelebihan sang perwira.


4) Jauh di sudut hati, lelaki dan wanita mahukan cinta sejati. Adolph Hitler pun tewas kerana seorang wanita yang amat dicintainya. Kedua-duanya memerlukan belaian dan sokongan moral terutamanya pada waktu susah. Apa pun, kaum Hawa lebih memerlukan perhatian kerana jiwanya yang cukup halus dan mudah tersentuh. Dan lelaki juga memerlukan perhatian seorang wanita khususnya soal kebersihan.


5) Kedua-dua mahu dihargai oleh pasangan masing sama ada secara verbal ataupun dari bahasa badan. Jika ia tidak dirasai, mungkin timbullah persengketaan dan menganggap si dia tidak mengambil berat tentang diri anda.


6) Lelaki suka membandingkan kaum wanita, dan wanita juga suka membandingakan kaum Adam. Perbandingan lelaki terhadap wanita selalunya berkaitan dengan cara penampilan dan solekan. Opss! Wanita pula sering membandingkan lelaki berkitan dengan kesihatan, para rupa dan kenderaan yang mereka pandu!


7) Wanita sering mengalami perubangan mood terutamanya ketika mengalami sindrom PMS sekali dalam setiap bulan. Tapi siapa kata lelaki tidak terlepas dari kitaran biological ini. Perubahan mood dan tahap kecerdasan lelaki juga sering berubah-ubah mengikut kitaran biological mereka dan keadaan ini tidak menentu jangka masanya. Jika sudah lama bersama, kamu tahulah bila musim kemarau itu akan tiba!


8) Kedua-duanya sanggup memberikan khidmat nasihat, idea dan pendapat walaupun tanpa diminta. Selalunya individu yang memiliki pengetahuan yang tinggi mampu memberikan nasihat, idea dan pendapat yang bernas. Tapi jika agak kureng, maka semua itu hanya omongan kosong belaka dan mampu mencetuskan perbalahan!


9) Cemburu……oh itu memang wujud dari dalam diri kedua belah pihak. Tetapi selalunya lelaki mudah menyembunyikannya melainkan ia sudah membakar diri. Wanita pula memang terang-terangan menunjukkan perasaan cemburu itu. Tapi masih praktikkah ayat “cemburu itu tanda sayang” ?


10) Sangsi dan curiga antara dua perasaan yang memang wujud dalam diri masing-masing walau pun bertahan tidak mahu mengakuinya. Tapi sedikit berbeza buat wanita apabila mereka memiliki naluri yang cukup peka dan mudah mengesan jika ada sesuatu perubahan yang berlaku pada pasangan mereka. Dan apabila timbul perasaan itu di hati lelaki, mereka mungkin akan mencari jalan untuk menjauhkan diri dari pasangan mereka tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.

2 comments:

markiekadus said...

Lelaki & Wanita = Manusia! Human After all... Walaupun berbeza dari segi jantina, tapi tetap sama dari segi sikap and sifat...

Well dari kita untuk membentuk siapa diri kita!!! Wekekekeke.. Ngam kah ni bangai???

sumpitz said...

atukkk bangai pandai suda ko bermadah helah d sini ahh .....tapi ngam juga lahhhh...yg penting JATI DIRI muahahah...